Venice?

.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.

Salam.

Si G bertanya,"Tempat mana yang Tini nak sangat pergi dalam dunia ni?"

Dengan gembira saya menjawab," Saya teringin sangat pergi Venice. Sebab kota ni unik, cantik, bla,bla..".

Inilah jawapan saya dulu. Jawapan ini tamat tempohnya pada penghujung tahun 2007. Alhamdulillah. Venice? Kelakarnya. Bila fikir balik sekarang macam bodoh semacam sebab jawab macam tu. Siap memuja memuji Venice lagi. Jahil sungguh. Memang jahil.

Kalau ada lagi yang bertanya soalan yang sama, ini jawapan saya:

Dengan sepenuh hati serta jiwa dan raga saya saya bersungguh-sungguh hendak ke Mekah, Madinah, Masjid Al-Aqsa dan Yaman! Hati saya terpaut, benar-benar terpaut pada 4 tempat tersebut. T.T Ya Allah, izinkanlah aku ke Mekah dan Madinah sekali lagi. Aku rindu. Teramat rindu. Musim haji tiba lagi dan kerinduan yang sarat selama ini menjadi makin sarat. T.T

Majlis Haul Imam Abdullah bin 'Alawi bin Muhammad al-Haddad

.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.


Salam.

Sesiapa yang ada kelapangan 31 Oktober 2009, sila-silalah datang ke Majlis Haul Imam Abdullah bin 'Alawi. Rugi mun sik pegi. Bukan selalu sidak datang Sarawak. (: Must-go-event! Klik gambar maklumat tambahan.

|London|

.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.

Salam.


10/08/09 (kalau tak silap). That day, i received a parcel from a sister : Kak Wani. Kami pernah berjumpa mungkin tapi saya tak ingat, Kak Wani pun tak ingat. Kami berkenalan melalui Yahoo Messenger sahaja selepas Kem Eksplorasi 2008. Tiba-tiba hari tu, Kak Wani minta alamat saya di Labuan. Sibuk saya mencari kad matrik. Hoho. Rupa-rupanya dia nak hantar bungkusan.:minimo_19:Indahnya berukhuwah fillah.

Gembiranya saya masa tu. Mana tidaknya, ukhti yang dikenali melalui YM memberikan hadiah. Allah dan rakan sebilik, Zila menjadi saksi saya membuka pembalut bungkusan tersebut. Buka satu pembalut ada lagi satu. Selepas satu ada lagi satu. Memang banyak jugaklah. Unik. Saya tafsirkan ini sebagai betapa berhati-hatinya Kak Wani membalut hadiah ni sebab takut pecah. Maknanya Kak Wani sayang kita lah ni? Hoho. Buka punya buka, akhirnya..Jeng, jeng, jeng! Keychain berukir LONDON dan berwarna merah jambu dan ungu dan lagi, magnet berukiran yang comel!

LONDON

Disebabkan telefon bimbit saya yang ke 4 rosak lagi jadi saya telah mengambil keputusan drastik dengan memakai telefon NOKIA back-to-basic *yang dah jatuh berapa kali entah*:minimo_14: yang sekarang berusia 4 bulan. Tiada kamera. Harapnya yang ini boleh bertahan 5 hingga 6 tahun. Insya Allah kalau tidak dibiarkan jatuh selalu. Terbayang wajah-wajah teman sebilik yang pada mulanya hampir terkena serangan jantung apabila melihat telefon bimbit saya yang kerap kali TERjatuh. TER maksudnya secara tidak sengaja tapi macam dah jadi rutin dia nak jatuh. Maksudnya saya cuai ke?



Holiday :)

.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.

Salam.

Alhamdulillah. Let us thank Allah because of His love and kindness we are still alive.
Girls, sisters, ukhti and akhwat, good news! I'm in Kuching right now. Don't be shy to buy me Big Apple Donuts or invite me to usrah or halaqah. Insya Allah, I'll be there.

Semalam, saya baru balik dari bercuti dengan keluarga. KL. I hate big cities. Full of dust and hazy. :bofu_20:I bought some books: Tautan Hati ( Fatimah Syarha ), Yakjuj dan Makjuj and Khadijah (PTS). Setakat ni saya tengah baca Tautan Hati. Wah~ Memang best. Buku yang saya perlukan dan sesuai dengan situasi saya sekarang yang perlu memikirkan metode baru untuk anak-anak usrah. Every single page in that novel is so precious. Thanks Kak Ika sebab selalu ke hulu ke hilir bawak buku tu. Dan saya tak sabar nak baca dua buku dari PTS! Insya Allah, ada rezeki beli lagi.

Insya Allah, cuti ini saya akan manfaatkan masa saya untuk Islam dan perbaiki diri. Macam biasa, masa cuti ialah masa retreat. Retreat hati yang kotor ni. Entah berapa banyak tompok hitam yang mula melekat. Baunya mungkin lebih busuk dari bangkai. Allah saja yang tahu. Apabila berada jauh dari keluarga dan sahabat, memang mudah hati nak terlalai. Ditambah lagi dengan assignment dan kekangan masa penyakit hati boleh merebak dengan pantas lantaran menganggap diri terlalu sibuk hingga lupa kepada-Nya. Astaghfirullah. Berkali-kali saya ingatkan diri, tapi siapalah saya ni. Cuma seorang hamba. Iman pun tidak semantap mana. Mudah sangat leka. Jadi, cuti ni insya Allah saya akan cuba hadirkan diri ke mana-mana majlis ilmu untuk cari balik jalan bertemu dengan Allah. :bofu_43:

Berita gembira untuk diri saya, 31 Oktober 2009, insya Allah ulamak-ulamak dari Hadramaut, Yaman akan datang ke Kuching! Rezeki rezeki. Terima kasih ya Allah. Saya pun masih kurang pasti tempatnya. Insya Allah nanti saya beritahu. Undur diri dulu.

Salam.

Tarbiyah

.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.

Salam.

Alhamdulillah. Indahnya cara Allah memberikan petunjuk kepada saya malam ni. Ceritanya begini, dua orang sahabat lama datang bertandang ke rumah tadi. Lelaki. Satu sekolah masa sekolah rendah dulu. Si A dan si B. Si A ialah sepupu saya sendiri. Apabila si A sibuk membuat sesuatu dengan ayah saya, tinggallah saya dengan si B (jarak kami berempat tidaklah terlalu jauh).

Si B. Saya tidak pernah perasanpun kehadirannya semasa sekolah rendah dulu. Kami berborak macam biasa. Dia ungkit kisah-kisah masa sekolah dulu. Asking me this and that. Tanya pasal teman se-Kolej dulu dan macam-macam. I don't care if he asked me anything, tapi apa yang saya tidak dapat tahan ialah dia ni asyik cuba nak merendah-rendahkan saya. Adakah sebab saya langsung tidak mengenalinya dulu dijadikan alasan? That's rubbish! Bodohnya kalau tu sebabnya. We were still young at that time and did not bother or care too much about other people. Dia sendiri kenal ke every single person in that school?!

Macam-macam dia cakap, "Rasanya ada masalah dengan neuron kau nak?" dan "Ish, sikkanlah orang tere macam kau boleh lupak?" "Aku insan biasa jak yang boleh lupak. Ilmu akupun Allah pun. So what?! (Dalam hati)

Of course, I'm defending myself. Peliknya dengan tetamu yang sorang ni. Kurang beradab.Huh. Pelbagai kata-kata yang kurang baik bermain di hati tapi saya tetap simpan sahaja. Api jangan dibalas dengan api. Kalau diturutkan nafsu amarah buruk padahnya nanti.

Selepas sahaja mereka balik (alhamdulillah) saya pun berfikir sejenak. Alhamdulillah, mungkin ini tarbiyah dari Allah. Mungkin dulupun saya ada kurang adab dengan orang lain kan? Allah balas balik malam ni. Allah sedang berbicara tentang sabar dengan saya. Lebih baik dapat balasan di dunia dari balasan di akhirat. Salam.